Kisah Pakaian Yang
Dikurniakan TUHAN
Hari ini Tuhan-ku bertanya,
“Di mana-mu wahai anak-Ku?”
Tiada tempat yang menjadi rahsia
Di mana jua ku tuju, Dia di situ
menunggu.
Terfikir daku jawapan yang
diminta-Nya,
Ku sedang bersembunyi tetapi tetap
nyata,
Ku memencilkan diri menutup malu,
Ku meminggiran diri kerana kesalku
Kehadiran-Nya di Taman memang daku
inginkan;
Tapi ku bimbang,
Kesedaran tentang diri durjana ini
memberatkan hati menyambut kunjungan Tuhan.
Masihkah Dia akan mengasihi anak
derhaka ini?
Masihkah Dia akan menerima daku yang
tidak punya kelayakan?
Dosaku menghalang persekutuan yang
murni,
Pergaulan dengan-Nya dicemari jiwa
yang tidak suci.
“Ah! Siapa yang mampu membantuku?
Bagaimana terjawabku soalan-Mu?”
Kemudian Tuhan-ku yang Maha Pengasih
menenangkan hati yang bergelora ini.
Dikorbankan Domba buat pakaianku,
Menutup dosa dan melindungiku; Daku
bagaikan manusia baru.
Dan soalan Tuhan berbunyi lagi,
“Di mana-mu wahai anak-Ku?”
Maka ku jawab dengan terus,
“Dalam Yesus! Dalam Yesus!”
----------------------------------------------
Kemudian TUHAN membuat pakaian
daripada kulit binatang
untuk Adam dan isterinya, lalu
mengenakan pakaian itu pada mereka.
Kitab Kejadian, bab III ayat ke-XXI