Erti Kemerdekaan
Aku anak
yang ingin menghayati makna sebenar kemerdekaan.
Inggeris ku tidak inginkan
sebagai tuan
Tidak Portugis, tidak Belanda,
Tidak Amerika, jugak tidak mereka yang gilakan habuan.
Bukan hanya bangsa asing
yang datang melanggar,
ada jugak anak
tempatan yang mengugat kedaulatan negara!
Ku fikir kalau
kita betul merdeka,
tetuan sekalian ini mesti diberitahu
bahawa
kita tidak perlukan
pemerintahan mereka.
Kemerdekaan
bagiku, bukan sekadar laungan
Ia suatu kesedaran;
Kesedaran
bahawa kita sudah matang
boleh berfikir, membela diri
boleh berjuang, mampu membangunkan ibu pertiwi.
Pada ulangtahun Merdeka ini
inginku berdiri megah,
melaungkan tujuh kali "Merdeka!"
Bukan untuk memuaskan hati semata,
tapi untuk memberitahu
penjajah,
"Bangsa
bahawasa kami sudah
merdeka".