Make your own free website on Tripod.com

Kisah Pakaian Yang Dikurniakan TUHAN

 

 

Hari ini Tuhan-ku bertanya,

“Di mana-mu wahai anak-Ku?”

Tiada tempat yang menjadi rahsia

Di mana jua ku tuju, Dia di situ menunggu.

Terfikir daku jawapan yang diminta-Nya,

Ku sedang bersembunyi tetapi tetap nyata,

Ku memencilkan diri menutup malu,

Ku meminggiran diri kerana kesalku

 

Kehadiran-Nya di Taman memang daku inginkan;

Tapi ku bimbang,

Kesedaran tentang diri durjana ini memberatkan hati menyambut kunjungan Tuhan.

Masihkah Dia akan mengasihi anak derhaka ini?

Masihkah Dia akan menerima daku yang tidak punya kelayakan?

Dosaku menghalang persekutuan yang murni,

Pergaulan dengan-Nya dicemari jiwa yang tidak suci.

“Ah! Siapa yang mampu membantuku?

Bagaimana terjawabku soalan-Mu?”

 

Kemudian Tuhan-ku yang Maha Pengasih menenangkan hati yang bergelora ini.

Dikorbankan Domba buat pakaianku,

Menutup dosa dan melindungiku; Daku bagaikan manusia baru.

 

Dan soalan Tuhan berbunyi lagi,

“Di mana-mu wahai anak-Ku?”

Maka ku jawab dengan terus,

“Dalam Yesus! Dalam Yesus!”

 

 

----------------------------------------------

 

Kemudian TUHAN membuat pakaian daripada kulit binatang

untuk Adam dan isterinya, lalu mengenakan pakaian itu pada mereka.

 

Kitab Kejadian, bab III ayat ke-XXI