Make your own free website on Tripod.com

Erti Kemerdekaan

 

Aku anak Malaysia

yang ingin menghayati makna sebenar kemerdekaan.

 

Inggeris ku tidak inginkan sebagai tuan

Tidak Portugis, tidak Belanda,

Tidak Amerika, jugak tidak mereka yang gilakan habuan.

Bukan hanya bangsa asing yang datang melanggar,

ada jugak anak tempatan yang mengugat kedaulatan negara!

Ku fikir kalau kita betul merdeka,

tetuan sekalian ini mesti diberitahu bahawa

kita tidak perlukan pemerintahan mereka.

                                                                                                         

Kemerdekaan bagiku, bukan sekadar laungan

Ia suatu kesedaran;

Kesedaran bahawa kita sudah matang

boleh berfikir, membela diri

boleh berjuang, mampu membangunkan ibu pertiwi.

 

Pada ulangtahun Merdeka ini

inginku berdiri megah,

melaungkan tujuh kali "Merdeka!"

Bukan untuk memuaskan hati semata,

tapi untuk memberitahu penjajah,

"Bangsa Malaysia akan sedar jua,

bahawasa kami sudah merdeka".